Messi cuba dihalang pemain Real Betis pada aksi La Liga pagi ini. FOTO Reuters
Messi cuba dihalang pemain Real Betis pada aksi La Liga pagi ini. FOTO Reuters
Reuters

LIONEL Messi melakukan hatrik sebagai pembantu menghasilkan jaringan ketika Barcelona mengatasi lawan sukar, Real Betis 3-2 dalam saingan La Liga, pagi ini.

Selepas ketinggalan dua kali dalam perlawanan mendebarkan itu ketika jurulatih Quique Setien menikmati kemenangan ketika kembali mengatasi bekas kelabnya itu.

Pemain pertahanan Perancis, Clement Lenglet memastikan Barca di depan selepas meledak gol pada minit ke 72 berpunca dari sepakan percuma Messi namun diperintah keluar padang selepas menerima dua kad kuning.

Sejurus pemain Betis, Nabil Fekir diperintah keluar padang yang turut menerima dua kad kuning serta merta.

Barca ketinggalan ketika enam minit permainan menerusi penalti disempurnakan Sergio Canales apabila tayangan VAR menunjukkan bola terkena tangan Lenglet, namun pemain tengah Belanda, Frenkie de Jong menyamakan kedudukan selepas menerima hantaran lambung dari Messi.

Betis kembali di depan menerusi rembatan penyerang yang memenangi Piala Dunia, Fekir pada minit ke 26 namun Barca bangkit kembali sebelum waktu rehat apabila Messi melorongkan bola kepada Sergio Busquets untuk pemain tengah itu menyempurnakan jaringan pada jarak dekat.

Kemenangan itu membolehkan Barca berada di kedudukan kedua liga untuk mengatasi defisit tiga mata di belakang pendahulu liga Real Madrid dalam 23 perlawanan selepas Real menewaskan Osasuna 4-1 pada aksi terdahulu lebih awal.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 7:40 AM