Pemain tengah Getafe, Marc Cucurella (kanan) cuba dihalang pemain Betis, Aissa Mandi pada aksi La Liga. FOTO EPA
Pemain tengah Getafe, Marc Cucurella (kanan) cuba dihalang pemain Betis, Aissa Mandi pada aksi La Liga. FOTO EPA
AFP

Madrid: Getafe melonjak di tempat teratas carta La Liga selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Betis di gelanggang sendiri pagi ini sekali gus mengatasi Valencia yang bermain lebih awal.

Getafe dan Valencia masing-masing mengumpul tujuh mata selepas empat aksi liga.

Dua pasukan yang akan bermain awal pagi esok termasuk Real Madrid yang menanti kunjungan Valladolid juga boleh mencipta tujuh mata.

Celta Vigo, yang menamatkan minggu ini menentang Barcelona pada awal pagi Jumaat boleh mengumpul lapan mata.

Di Sevilla, Angel Rodriguez meletakkan pelawat di depan menerusi sepakan gunting selepas 13 minit permainan.

Marc Cucurella menambah gol kedua pada minit ke-39 dan dua minit kemudian Angel meledak jaringan ketiga.

Betis menamatkan saingan dengan 10 pemain selepas Aissa Mandi menerima kad kuning kedua pada minit ke-83.

Terdahulu, Valencia mencatat kemenangan tipis 1-0 di Real Sociedad dalam perlawanan yang dikuasai tuan rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 8:25 AM