Minamino (kiri) beraksi ketika berdepan Liverpool. FOTO REUTERS
Minamino (kiri) beraksi ketika berdepan Liverpool. FOTO REUTERS
Agensi

JUARA Eropah, Liverpool bersedia untuk mendapatkan pemain Red Bull Salzburg, Takumi Minamino pada jendela perpindahan Januari dengan mengeksploitasi klausa beli balik £7.25 juta (RM40j).

Pemain berusia 24 tahun itu beraksi bersama kelab Austria itu dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini termasuk berdepan pasukan kendalian Liverpool kendalian Jurgen Klopp.

Dia menjaringkan dua gol dan melakukan tiga bantuan dalam enam perlawanan.

The Reds sedia mengenepikan tawaran Manchester United yang turut berminat mendapatkan Minamino, bulan depan dengan nilai sebenarnya berharga £20j (RM109j).

Klopp begitu teruja untuk mendapatkan pemain antarabangsa Jepun itu dengan pengarah sukan Salzburg Christophe Freund mengesahkan perbincangan diadakan:

“Saya boleh mengesahkan terdapat perbincangan bersama Liverpool. Ia menjadi satu penghormatan apabila kelab seperti itu berminat dengan pemain kami”, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 12:13 AM