Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp (kiri) bersalam dengan pemain tengah Liverpool dari Jepun, Takumi Minamino (tengah) selepas aksi Piala FA. FOTO AFP
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp (kiri) bersalam dengan pemain tengah Liverpool dari Jepun, Takumi Minamino (tengah) selepas aksi Piala FA. FOTO AFP
Agensi

“Hebat, menakjubkan. Sememangnya dia pemain yang kami mahukan, sememangnya pemain yang kita harapkan.”

Takumi Minamino sudahpun memberi petanda baik kepada bos Liverpool Jurgen Klopp selepas penampilan pertama pemain antarabangsa Jepun dalam skuad Reds yang mencatat kemenangan 1-0 saingan Piala FA ke atas Everton pada Ahad.

Ketika dia melakukan persediaan menjadi pemain ke sembilan Jepun untuk tampil dalam Liga Perdana Inggeris apabila Liverpool melayan kunjungan Tottenham, awal pagi esok.

Pemain tengah berusia 24 tahun dijangka memberi impak besar ketika kehadirannya bersama juara Eropah itu di luar dan di dalam gelanggang.

Kehadiran bekas pemain Red Bull Salzburg ke Merseyside membuka lembaran baharu buat pemain Asia. Pemain yang menjadikan bintang Brazil, Ronaldo inspirasi adalah antara pemain muda berbakat negara mata hari terbit itu.

Sepanjang empat tahun di Salzburg membolehkannya menjaringkan 63 gol dalam 192 penampilan dan perpindahan £7.25 juta (RM38.61 juta) ke Anfield, membuatkan penonton terpukau dengan setiap gerak langkahnya.

Minamino (kiri) melepasi pemain Everton. FOTO Reuters
Minamino (kiri) melepasi pemain Everton. FOTO Reuters

“Sememangnya, ia mendorong menjadi Liverpool lebih popular di Jepun,” kata setiausaha Kelab Penyokong Liverpool Jepun, Yumiko Tamaru.

"Real Madrid dan Barcelona menjadi antara kelab bola sepak paling popular di Jepun, tetapi saya fikir Liverpool akan menjadi popular seperti gergasi Sepanyol ini jika Minamino menyerlah di Liverpool.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 January 2020 @ 12:38 PM