Cafu (kiri) anggap Alexander-Arnold pemain hebat. FOTO REUTERS
Cafu (kiri) anggap Alexander-Arnold pemain hebat. FOTO REUTERS
Agensi

PEMAIN legenda Brazil Cafu mengatakan Liverpool bakal berdepan tugasan sukar untuk mengekalkan Trent Alexander-Arnold daripada menjadi perhatian kelab gergasi Eropah.

Bagaimanapun, kapten pemenang Piala Dunia 2002 itu menyokong rakan senegaranya Roberto Firmino untuk membawa Liverpool meraih gelaran pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk kali pertama sejak 1990.

Cafu, bercakap mengenai Alexander-Arnold, 21, yang bermain dalam posisi bek kanan sepertinya dan cemerlang sejak menyertai pasukan utama Jurgen Klopp.

Nilai Alexander-Arnold beraksi pada penampilan sulung dalam pasukan utama tiga tahun lalu naik mendadak selepas Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) menewaskan Tottenham, Jun lalu.

Cafu berkata beberapa kelab besar akan cuba membuat tawaran terhadap Liverpool pada musim panas depan.

Bekas pemain berusia 49 tahun itu yang membuat 142 penampilan bersama Brazil dan memenangi Piala Dunia bersama Brazil pada 1994 berkata: “Trent adalah salah seorang pemain terbaik dalam liga dan dia juga salah satu sebab Liverpool berada di tahap mereka berada sekarang.

“Kita akan lihat rundingan besar untuk mendapatkannya bukan saja pertahanan yang hebat tetapi juga membantu dan mara ke depan atau ke tepi dengan atau tanpa bola.

“Atas sebab itu juga dia boleh menjaringkan gol dan saya menggelarkannya sebagai ‘quarterback scorer’.

“Kepada mana-mana pemain muda, kata kunci adalah sentiasa memberi komitmen.

“Pemain muda perlu memiliki komitmen yang tinggi yang membolehkan mereka memanfaatkannya.

“Itu adalah nasihat utama saya. Itulah yang saya ajar kepada yang pemain lain.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 4:33 PM