ALEXANDER-Arnold percaya kemampuan Liverpool. -FOTO Reuters
ALEXANDER-Arnold percaya kemampuan Liverpool. -FOTO Reuters
AFP

Liverpool: Trent Alexander-Arnold berkata Liverpool mampu untuk memenangi tiga trofi ini ketika mereka bersedia untuk menghadapi Liga Juara-Juara pusingan 16 terbaik menentang Inter Milan.

The Reds gagal meraih sebarang trofi tahun lalu selepas memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana tahun sebelum itu sedang memburu piala dalam empat pertandingan musim ini.

Alexander-Arnold percaya kemampuan Liverpool selepas mengharungi pelbagai cabaran pada 2019, mereka dinobatkan sebagai juara Eropah dan hampir menjulang Liga Perdana.

Barisan Jurgen Klopp akan berkunjung ke Itali untuk beraksi pada pusingan pertama Liga Juara-Juara menentang Inter awal pagi nanti.

Mereka kini turut berada dalam saingan final Piala Liga menentang Chelsea, Piala FA pusingan kelima menentang Norwich dan sedang mengejar pendahulu Liga Perdana Manchester City sembilan mata.

Untuk mengejar City yang kini pendahulu liga mungkin sukar namun Alexander-Arnold percaya Liverpool akan berusaha keras untuk merangkul piala yang ada.

"Untuk berada dalam empat pertandingan adalah terbaik untuk kami," Alexander-Arnold said.

"Fokus kami adalah memastikan kami berada dalam keempat-empat pertandingan dan melangkah sejauh yang boleh.

"Kalau dilihat sekarang, hanya liga yang sebenarnya tidak berada di tangan kami. Tapi semua pertandingan yang lain kami percaya kami boleh menang menewaskan mereka dan lawan yang lain jika kami dapat melakukannya dengan baik."

Alexander-Arnold berasakan Liverpool mempunyai barisan pemain terbaik dan bek kanan England itu menegaskan bahawa Liverpool sudah berjaya memenangi Liga Juara-Juara yang tidak berjaya dimiliki City.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Februari 2022 @ 10:26 AM