Zii Jia (kiri) tewas kepada Momota. FOTO NSTP
Zii Jia (kiri) tewas kepada Momota. FOTO NSTP
Ferzalfie Fauzi


HASRAT perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk menamatkan badi kekalahan berdepan Kento Momota tidak kesampaian apabila tumpas pada saingan suku akhir Terbuka Korea, hari ini.

Zii Jia tunduk straight set 15-21, 19-21 dalam tempoh 50 minit ketika menentang pemain handalan Jepun itu di Incheon Ariport Skydome.

Ini adalah kali keempat berturut-turut Zii Jia berdepan pemain nombor satu dunia itu.

Sementara itu, langkah beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga tersekat apabila kecundang 18-21, 21-18, 18-21 kepada wakil tuan rumah, Choi Solgyu-Seo Seung Jae.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 September 2019 @ 4:44 PM