Zii Jia akan bertemu Momota di suku akhir. FOTO NSTP
Zii Jia akan bertemu Momota di suku akhir. FOTO NSTP
Ferzalfie Fauzi


PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus cemerlang selepas menyingkirkan bekas juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen di pusingan kedua Terbuka Korea, hari ini.

Zii Jia menang straight set 21-18, 21-16 dan bakal berdepan pilihan utama dari Jepun, Kento Momota di suku akhir esok.

Kemenangan Zii Jia ke atas bekas pemain nombor satu dunia itu menebus kekecewaan di suku akhir Masters Malaysia ketika itu dia kalah 21-12, 22-20.

Momota ke suku akhir selepas mengalahkan Kim Donghun (Korea Selatan) 21-12, 21-9.

Seorang lagi perseorangan lelaki, Liew Daren terkandas apabila tunduk kepada wakil India, Kashyap Parupalli 21-17, 11-21, 21-12.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 3:29 PM