Gandingan Liu Ying-Peng Soon (kiri) tewas awal pada Terbuka Korea. FOTO NSTP
Gandingan Liu Ying-Peng Soon (kiri) tewas awal pada Terbuka Korea. FOTO NSTP
Ferzalfie Fauzi


BEREGU campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tersingkir awal di Terbuka Korea selepas mereka kalah straight set di tangan wakil Thailand, Nipitphon Phuangphuapet-Savitree Amitrapai, hari ini.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan kelima tumpas 12-21, 10-21 dalam tempoh 37 minit di Incheon Ariport Skydome.

Minggu lalu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 ini kalah di pusingan kedua di Terbuka China.

Turut tersingkir awal ialah Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila mereka kalah kepada Lu Kai-Chen Lu (China) 21-13, 19-21, 13-21.

Ini kali kedua berturut-turut Kian Meng-Pei Jing tewas di pusingan pertama apabila minggu lalu mereka kalah 18-21, 21-16, 12-21 di tangan Rinov Rivaldy Pitha-Haningtyas Mentaro (Indonesia) di Terbuka China.

Perseorangan lelaki profesional, Soo Teck Zhi pula tersekat di pusingan kelayakan apabila dia kalah kepada wakil Taiwan, Lin Yu Hsien 18-21, 21-18, 18-21.

Aksi pusingan pertama akan diteruskan esok membabitkan Lee Zii Jia, Liew Dareb (perseorangan lelaki), Soniia Cheah (perseorangan wanita), Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Arif Latif-Azryin Ayub dan Chooi Kah Meng-Low Juan Shen (Beregu lelaki).

Beregu wanita pula bakal menampilkan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 6:54 PM