ZII Jia mara pusingan kedua Terbuka Singapura.
ZII Jia mara pusingan kedua Terbuka Singapura.
Ferzalfie Fauzi

SELEPAS tersingkir awal di Terbuka Malaysia minggu lalu, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memadam kekecewaan selepas berjaya mengalahkan Lee Hyun Il di pusingan pertama Terbuka Singapura hari ini.

Zii Jia dilihat turun ke gelanggang dengan lebih bersemangat untuk membolehkannya mencatat kemenangan straight set 21-19, 21-16 di Stadium Tertutup Singapura.

"Ini pengalaman berguna buat saya. Saya gembira mampu mengalahkan pemain legenda," katanya ketika dihubungi Arena Metro hari ini.

Pemain kelahiran Kedah itu juga mengakui banyak dipelajarinya pada aksi pusingan pertama dan berharap mampu meneruskan kecemerlangan di pusingan kedua berdepan wakil Indonesia, Jonatan Christie. Sebelum itu, Jonatan berjaya mara ke pusingan kedua selepas menumpaskan Khosit Phetpradab dari Thailand, 21-18, 19-21, 21-18.

Sementara itu pemain profesional, Liew Daren tersingkir apabila tewas kepada Kenta Nishimoto dari Jepun, 21-19, 18-21, 20-22. Turut mara ke pusingan kedua ialah beregu lelaki profesional, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen yang mengalahkan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 8-21, 21-16, 21-18. Pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei pula kalah ditangan wakil Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja 18-21, 14-21.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2019 @ 5:49 PM