BUKAN pukulan kilas (backhand) sembarangan kata peminat badminton tempatan.

Begitulah komen mereka selepas menyaksikan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia mempamerkan pukulan ‘berbisa’ itu ketika berdepan Kento Momota pada suku akhir Terbuka Korea, semalam.

Dua pukulan kilas dilakukan itu, tular di media sosial menunjukkan lawannya pemain nombor satu dunia dari Jepun itu tidak dapat membalasnya.

Malah, Momota seperti tercengang seketika apabila Zii Jia melompat melakukannya.

Zii Jia ketika itu berada di depan Momota 14-10 pada set kedua tetapi kecundang straight set 15-21, 19-21.

Apapun mengenainya, ia senjata sulit yang pasti memberi rasa gerun kepada lawannya pada masa depan.

Peminat berharap dia akan terus beraksi dengan lebih baik dibawah bimbingan Datuk Misbun Sidek dan mengekalkan pukulan kilas ‘lain dari lain’ itu yang terbukti sukar dibalas oleh lawan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 5:50 PM