PAUL Casey berjaya mendahului satu pusingan pada hari pertama Terbuka Eropah di Jerman awal pagi tadi. FOTO Agensi
PAUL Casey berjaya mendahului satu pusingan pada hari pertama Terbuka Eropah di Jerman awal pagi tadi. FOTO Agensi
Reuters

PEMAIN golf England Paul Casey berjaya mengatasi cuaca dingin dan sakit tekak untuk mendahului satu pusingan pada hari pertama Terbuka Eropah di Jerman awal pagi tadi.

Casey, pemain nombor 17 dunia mempamerkan pukulan drive bertenaga dan permainan iron yang tepat di lapangan ketiga terpanjang di Jelajah Eropah untuk mencatat enam di bawah par 66, termasuk lima birdie pada lapan lubang terakhir.

Pemain Austria Matthias Schwab adalah pencabar terdekat Casey dengan 67 pukulan, satu pukulan mengatasi pemain Scotland Robert MacIntyre, pemain Inggeris Ben Stow pemain pilihan tuan rumah Max Rottluff.

Casey, yang kali terakhir menjulang Jelajah Eropah di Terbuka KLM pada 2014, berpuas hati dengan permainannya di Lapangan Golf Green Eagle di Hamburg.

“Ia pusingan golf yang bagus,” kata.

“Ya sudah tentu, ada beberapa putt yang tidak menjadi tetapi ia lapangan golf yang mencabar, sukar untuk saya jelaskan betapa sukarnya lapangan golf ini.

“Saya gembira dengan kesabaran yang saya tunjukkan dan kualiti pukulan bola dan dan saya lebih gembira kerana skor tidak menunjukkan apa-apa memandangkan ia pusingan terbaik pernah saya lalui tahun ini.

“Saya gembira mencatat di bawah par, apatah lagi enam.”

Casey mendedahkan dia juga bergelut dengan sakit tekak.

“Saya tidak berapa bagus tetapi itulah dia. Mungkin anda perlu berhati-hati dengan pemain golf yang sakit,” kata pemain berusia 42 tahun itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 12:02 PM