ROBERT MacIntyre.
ROBERT MacIntyre.
Reuters

PENDATANG baharu dari Scotland Robert MacIntyre mencatat tujuh di bawah par 65 dalam aksi bebas bogey untuk mendahului empat pukulan selepas pusingan kedua Terbuka Eropah di Hamburg awal pagi tadi.

Dalam aksi berkenaan, MacIntyre melakukan tujuh birdie di Lapangan Golf Green Eagle untuk mencatat 11 di bawah par keseluruhan sebelum pusingan hujung minggu.

MacIntyre menikmati musim sulung yang menakjubkan mencatat naib juara berturut-turut di British Masters dan Made in Denmark pada Mei sebelum berkongsi tangga keenam di edisi ke-148 Terbuka British.

“Saya mengikut rancangan permainan. Ia mungkin pukulan drive terbaik saya, mungkin terbaik tahun ini. Ia bukan saja pergi lurus tetapi jauh,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

“Saya tidak tahu apa yang saya lakukan tetapi ia menjadi, jadi saya akan cuba untuk teruskan.

“Saya hanya boleh mengawal apa yang boleh saya kawal dan ia adalah hayunan pemukul golf untuk setiap pukulan.

“Itulah yang akan saya lakukan sepanjang minggu ini dan berharap mendapat skor yang baik.”

Pilihan tuan rumah Bernd Ritthammer di tangga kedua dengan tujuh di bawah par apabila melakukan 66 pukulan manakala pendahulu sebelumnya Paul Casey dan Matthias Schwab ketinggalan dua pukulan dengan lima di bawah par untuk berkongsi tangga ketiga dengan pemain Itali Guido Migliozzi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 September 2019 @ 3:06 PM