STURRIDGE bersama jersi  Trabzonspor dalam Twitter kelab. - FOTO Agensi
STURRIDGE bersama jersi Trabzonspor dalam Twitter kelab. - FOTO Agensi
Reuters

BEKAS penyerang Liverpool dan England, Daniel Sturridge menyertai kelab Turki, Trabzonspor dengan kontrak tiga tahun, menurut kelab Liga Super Turki itu, awal pagi tadi.

Pemain berusia 29 tahun itu dibebaskan Liverpool selepas tamat kontrak Jun lalu sekali gus menamatkan karier enam tahun di kelab Merseyside dengan menjaringkan 67 gol dalam 160 perlawanan.

Trabzonspor mengesahkan pembelian itu dalam Twitter https://twitter.com/Trabzonspor_EN_/status/1164192769784668162 yang memaparkan penyerang itu bersama jersi kelab.

Sturridge memulakan karier profesional di Manchester City pada 2006, berpindah ke pencabar Liga Perdana, Chelsea tiga tahun kemudian sebelum menjadi milik Liverpool pada 2013.

Dia juga dipinjamkan ke Bolton Wanderers dan West Bromwich Albion.

Sturridge memenangi trofi Liga Perdana, dua Piala FA dan Liga Juara-Juara ketika bersama Chelsea dan menambah satu lagi koleksi Eropah bersama Liverpool musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 12:57 PM