Daniel Sturridge. FOTO File Reuters
Daniel Sturridge. FOTO File Reuters
Agensi

BEKAS penyerang Liverpool, Daniel Sturridge tiba di Turki sebelum dijangka menyertai Trabzonspor.

Pemain berusia 29 tahun itu dilepaskan oleh The Reds pada musim panas lalu selepas enam tahun bersama juara Eropah itu di mana dia menjaringkan 67 gol dalam 160 penampilan.

Bekas penyerang England memulakan karier di Manchester City sebelum menyertai Chelsea pada 2009.

Dia juga menghabiskan masa enam bulan dipinjamkan di Bolton ketika kemuncak karier di The Blues sebelum berpindah ke Anfield.

Pada Julai, Sturridge digantung daripada bermain bola sepak selama dua minggu dan didenda £75,000 (RM379,108) selepas didapati bersalah kerana melanggar peraturan pertaruhan.

Dia dijatuhkan hukuman penggantungan selama enam minggu, empat daripadanya dikurangkan dan dibenarkan beraksi semula pada 31 Julai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 7:35 PM