PEMAIN Brazil,  Philippe Coutinho mengawal bola sambil  Willian menahan kesakitan ketika menentang Argentina. - FOTO Agensi
PEMAIN Brazil, Philippe Coutinho mengawal bola sambil Willian menahan kesakitan ketika menentang Argentina. - FOTO Agensi
AFP

PEMAIN tengah Brazil, Willian terlepas aksi final Copa Amerika pada Ahad ini selepas mengalami kecederaan hamstring.

Pemain Chelsea berusia 30 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang musuh tradisi, Argentina pada aksi separuh akhir semalam.

Jurucakap Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) berkata Willian mengadu ‘sakit di bahagian hamstring’ dan laporan perubatan mendapati dia mengalami kecederaan otot.

CBF mengesahkan tempoh pemulihan memerlukan masa agak lama bermakna Willian terpaksa melupakan aksi final.

Juara lapan kali Copa America, Brazil mara ke final ke-20 tetapi kejuaraan terakhir diraih gergasi Amerika Selatan itu ialah pada 2007 dengan menundukkan Argentina 3-0.

Willian tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi kelima-lima perlawanan untuk Brazil setakat ini tetapi dimasukkan sebagai pemain gantian bagi empat aksi termasuk ketika menewaskan Peru 5-0 pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Dia yang memiliki 69 penampilan bersama skuad kebangsaan turut menyempurnakan penalti ketika Brazil menyingkirkan Paraguay di suku akhir. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2019 @ 10:14 AM