DANILO
DANILO
Reuters

KAZAN: Pertahanan kanan Brazil, Danilo terpaksa melupakan baki perlawanan Piala Dunia selepas mengalami kecederaan ligamen buku lali dalam latihan menjelang pertemuan suku akhir awal pagi nanti, menurut kenyataan dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF).

Pemain berusia 26 tahun berkenaan mengalami masalah paha ketika perlawanan pembukaan Brazil menentang Switzerland dan sejak itu digantikan Fagner. Danilo sendiri hadir selepas menggantikan Dani Alves menarik diri daripada skuad susulan kecederaan.

CBF menerusi kenyataan rasmi mengesahkan imbasan menunjukkan pemain Manchester City berkenaan mengalami kecederaan ligamen di buku lali kiri yang menyisihkannya.

Danilo memohon agar kekal dalam skuad dan sudah memulakan rawatan kecederaannya.

Brazil adalah pasukan pilihan menjulang Piala Dunia buat kali keenam akan menentang Belgium di Kazan Arena.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 11:08 AM