CUNHA (tengah) masih belum melakukan penampilan bersama skuad senior Brazil. FOTO AFP
CUNHA (tengah) masih belum melakukan penampilan bersama skuad senior Brazil. FOTO AFP
AFP

Sao Paulo: Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus terpaksa diketepikan dari skuad Brazil untuk kelayakan Piala Dunia dan digantikan dengan pemain Hertha Berlin, Matheus Cunha.

Perkara itu diumumkan oleh Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) awal pagi tadi.

Jesus, 23, yang menjaringkan gol ketika City mengalahkan Wolves awal minggu ini, tidak dapat diturunkan untuk perlawanan menentang Bolivia 9 Oktober depan dan bertemu Peru empat hari kemudian.

"Rabu lalu kelab England itu menghubungi doktor skuad Brazil, Rodrigo Lasmar memberitahu mengenai kecederaan yang dialami Jeses ketika menentang Wolverhampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)," jelas CBF.

CBF tidak menyatakan dengan terperinci kecederaan Jesus termasuk berapa lama pemain itu terpaksa diketepikan.

Jurulatih, Tite menyenaraikan Cunha yang berusia 21 tahun, yang beraksi untuk negara berkenaan ketika bersama skuad bawah 23 tahun bagi kelayakan Sukan Olimpik

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 2:49 PM