Wajah Hamilton selepas perlumbaan F1 GP Austria. FOTO Instagram/REUTERS
Wajah Hamilton selepas perlumbaan F1 GP Austria. FOTO Instagram/REUTERS
Agensi

LEWIS Hamilton memuat naik wajah berswafoto dengan rambut tidak terurus selepas berakhir perlumbaan Formula Satu (F1) pada Grand Prix Austria.

Menurutnya, ia adalah wajah ‘asasnya tanpa ditapis’ selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima di litar Spielberg, semalam yang dimenangi oleh pelumba Red Bull, Max Verstappen.

Lewis, juara bertahan gagal menyerlah pada perlumbaan itu disebabkan masalah suhu enjin terlalu panas dan masalah sayap muncung keretanya terpaksa ditukar sebelum dipintas oleh oleh pemandu Ferrari, Sebastian Vettel pada baki dua pusingan terakhir.

Ia adalah penyudah paling teruk Hamilton sejak Grand Prix Kanada tahun lalu iaitu selepas 23 perlumbaan terakhir.

Dia bagaimanapun masih mendahului kedudukan kejuaraan pemandu musim ini, berada 31 mata di depan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas menjelang perlumbaan Grand Prix Britain pada 14 Julai ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 6:53 PM