Hamilton bersama trofi yang dimenangi pada perlumbaan Formula Satu Grand Prix Hungary. FOTO AFP
Hamilton bersama trofi yang dimenangi pada perlumbaan Formula Satu Grand Prix Hungary. FOTO AFP
AFP

LEWIS Hamilton menyamai satu daripada rekod Michael Schumacher selepas mempamerkan pemanduan klasik untuk menjadi pelumba pertama melengkapkan kejayaan hatrik di Grand Prix (GP) Hungary, sebentar tadi.

Juara enam kali yang menang di Hungaroring pada 2018 dan 2019, menambah kejayaan keseluruhan di Hungary kepada lapan, menyamai lapan kemenangan Schumacher di GP Perancis, terbanyak dalam satu-satu perlumbaan.

Hamilton mendahului perlumbaan sejak dari awal saingan untuk mencipta kemenangan ke-86, kurang lima berbanding rekod Schumacher iaitu 91.

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton menjuarai F1 GP Hungary. FOTO AFP
Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton menjuarai F1 GP Hungary. FOTO AFP

Ia adalah kemenangan kedua Hamilton musim ini selepas GP Styrian dan mengangkatnya ke persada kejuaraan pemandu dengan satu mata mengatasi rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas yang menang GP pembukaan di Austria.

"Pusingan Pertama melibatkan pelbagai masalah dan saya tidak bersedia," kata Hamilton merujuk kepada kekalahannya musim ini.

"Namun saya kembali fokus dan saya berada di tahap terbaik minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2020 @ 11:43 PM