Hamilton kuasai sesi latihan pertama GP Perancis. FOTO REUTERS
Hamilton kuasai sesi latihan pertama GP Perancis. FOTO REUTERS
Agensi

LEWIS Hamilton mengenepikan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas pada sesi latihan pertama Grand Prix Perancis, hari ini.

Hamilton yang mendahului Bottas dengan kelebihan 29 mata dalam kedudukan kejuaraan merakam 1 minit 32.738s, hanya berada 0.069s di depan pemandu Finland itu pada sesi di Sirkit Paul Ricard.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc ketiga terpantas di hadapan pemandu Red Bull, Max Verstappen manakala seorang lagi pemandu Ferrari, Sebastian Vettel kelima.

Pasukan Mercedes meneruskan saingan di litar terletak di selatan Perancis itu dengan rekod masih belum tewas selepas tujuh perlumbaan.

Silver Arrows memiliki kelebihan ketara berbanding kebanyakan pasukan pada sesi pertama hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 7:51 PM