Sterling bersama trofi Piala FA yang dimenangi. FOTO AFP.
Sterling bersama trofi Piala FA yang dimenangi. FOTO AFP.
AFP

RAHEEM Sterling mengakui kejayaan mendakap Piala FA adalah ‘impian jadi kenyataan’ ketika penyerang Manchester City mencetus inspirasi kepada pasukannya membelasah Watford, 6-0 pada final awal pagi ini.

Pada satu tahap, pemain berusia 24 tahun itu dilihat menyertai William Townley buat pasukan Blackburn pada 1890, Jimmy Logan untuk Notts County pada 1894 dan Stan Mortensen bagi Blackpool sekitar 1953 yang menjaringkan hatrik pada penampilan final.

Bermula dengan meledak gol kedua City - dan yang pertama gol peribadi pada perlawanan itu - apabila dia tampil menyempurnakan hantaran Gabriel Jesus minit ke-38.

Vincent Kompany mengangkat trofi Piala FA dan meraikan bersama rakan sepasukannya. FOTO EPA.
Vincent Kompany mengangkat trofi Piala FA dan meraikan bersama rakan sepasukannya. FOTO EPA.

Dia kemudiannya membantu mencipta jaringan buat pemain Brazil itu meledak gol. Sebelum Sterling berjaya melengkapkan hatrik pada penghujung aksi perlawanan.

“Saya membesar di sini dan melihat stadium ini dibina. Ia bagaikan mimpi jadi kenyataan untuk memenangi trofi di sini,” kata Sterling kepada BBC.

“Keseluruhan pemain cemerlang. Gol jaringan saya membantu untuk menang. Ia mencapai cemerlang buat semua.”

Sterling menamatkan musim ini dengan 25 jaringan gol buat City dalam semua kejohanan, aksi hebatnya melayakkan pemain itu memenangi anugerah Pemain bola sepak terbaik tahun ini daripada Persatuan Penulis Bola Sepak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 9:13 AM