ALEXANDER ZVEREV
ALEXANDER ZVEREV
AFP

PERSEMBAHAN buruk Alexander Zverev berterusan apabila pemain nombor tiga dunia itu tersingkir daripada kejohanan ATP di Marrakech dengan kekalahan pada pusingan kedua di tangan pemain tidak ternama Sepanyol, Jaume Munar, awal pagi tadi.

Pilihan utama dari Jerman itu tumbang 6-7 (1/7), 6-2, 3-6 di tangan Munar yang menghuni ranking ke-60 dunia.

Zverev, 21, yang menang 10 kejuaraan ATP namun hanya layak sekali ke suku akhir acara Grand Slam, turut mengalami kekalahan awal di Miami dan Indian Wells baru-baru ini – di tangan David Ferrer dan Jan-Lennard Struff.

Munar akan berdepan Benoit Paire pada suku akhir kejohanan di Maghribi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2019 @ 12:54 PM