TOMIC akan bertemu Haas pada pusingan kedua.
TOMIC akan bertemu Haas pada pusingan kedua.

Stuttgart, Jerman: Pemain Australia, Bernard Tomic memulakan kempen gelanggang rumput musim ini dengan kemenangan straight set di Stuttgart kelmarin manakala Marcos Baghdatis akan bertemu Rafael Nadal pada pusingan kedua.

Tomic pilihan kelima kejohanan ATP di Stuttgart, menang 6-3, 7-6 (7/5) ke atas pemain Jerman, Jan-Lennard Struff.

Pemain berusia 22 tahun itu yang mara ke suku akhir Wimbledon pada 2011 mematahkan tiga daripada lima servis lawan untuk meraih kemenangan dalam tempoh 71 minit.

“Sungguh teruja dapat kembali ke sini,” kata Tomic yang dilahirkan di Stuttgart sebelum keluarganya berpindah ke Australia.

“Perlawanan pertama di gelanggang rumput agak baik. Saya melakukan servis dan mematahkannya dengan baik pada set pertama.

“Ia bukan hanya mencari pergerakan anda di gelanggang rumput pada set pertama dan saya rasa ia agak mantap.”

Dia akan menentang bekas pemain nombor dua dunia Tommy Haas dari Jerman pada pusingan kedua.

Juara 14 Grand Slam, Nadal akan menebus kekecewaannya selepas jatuh ke tangga ke-10 dunia, kedudukan terburuk dalam sedekad.

Selepas mendapat bye ke pusingan kedua, Nadal akan menentang Baghdatis selepas pemain Cyprus itu menewaskan Lukas Rosol 6-3, 6-4 pada pusingan pertama. -AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2015 @ 8:14 AM