FEDERER bersalaman dengan Aljaz Bedene dari Slovenia sejurus selepas tamat perlawanan. Foto AFP
FEDERER bersalaman dengan Aljaz Bedene dari Slovenia sejurus selepas tamat perlawanan. Foto AFP
AFP

MELBOURNE: Juara bertahan Roger Federer menyerlah di bawah lampu Terbuka Australia apabila mara ke pusingan kedua menerusi kemenangan straight sets mengatasi Aljaz Bedene sebentar tadi.

Pemain tidak dimakan usia Switzerland itu, menjadi pilihan untuk meraih gelaran Grand Slam ke-20, mengejutkan Rod Laver Arena dengan persembahan menakjubkan.

Pilihan kedua itu mara untuk menang 6-3, 6-4, 6-3 dalam masa 1 jam 39 minit dan selepas ini akan menentang pemain Jerman, Jan-Lennard Struff.

Ia menambah baik rekodnya pada Terbuka Australia kepada 88-13 dalam kempen ke-19 di negara Down Under itu.

Federer, yang menegaskan dia terlalu tua pada usia 36 tahun untuk menjadi pemain pilihan kejohanan itu, menyingkirkan pemain pilihan ke-51 dari Slovenia itu dengan gaya persembahan biasanya.

“Impian saya ialah bermain dalam tempoh yang lama dalam jelajah dan ada beberapa pemain yang bermain lama dan saya rasa ia memberi inspirasi kepada saya,” katanya.

“Saya menyukainya dan berharap saya boleh bermain sedikit masa lagi.”

Federer menang set pertama dalam masa 26 minit dan mengulanginya pada set kedua selepas empat mata penamat ketika Bedene meningkatkan permainannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2018 @ 7:27 PM