AKSI menarik Djokovic ketika menentang  Kwon Soon-woo.
AKSI menarik Djokovic ketika menentang Kwon Soon-woo.
AFP

London: Novak Djokovic muncul pemain pertama menang 80 perlawanan dalam kesemua empat Grand Slam selepas memulakan kempen mempertahankan gelaran Wimbledon dengan kemenangan awal pagi tadi manakala bintang remaja, Carlos Alcaraz bersaing sengit dalam lima set sebelum mara ke pusingan kedua.

Juara enam kali dan pilihan utama kejohanan Djokovic menewaskan pemain Korea Selatan, Kwon Soo-woo 6-3, 3-6, 6-3, 6-4 tetapi dia diberi tentangan sengit ketika menentang lawan menduduki ranking ke-81 itu.

"Kami kini menang 80 perlawanan, selepas ini 100 pula," kata Djokovic.

Djokovic, 35, yang juga pemenang 20 kali Grand Slam memburu gelaran keempat Wimbledon berturut-turut untuk menyertai kumpulan elit.

Dalam eraTerbuka, hanya Bjorn Borg, Pete Sampras dan Roger Federer mencipta kejayaan sama di All England Club.

Alcaraz yang juga lawan potensi Djokovic di suku akhir bangkit menewaskan pemain Jerman, Jan-Lennard Struff.

Pemain berusia 19 tahun itu meledak 30 ace dan 73 'winners' sebelum menang 4-6, 7-5, 4-6, 7-6 (7/3), 6-4.

"Tahun lalu saya beraksi lima set di pusingan pertama di sini, jadi anda boleh lihat betapa saya sukakan permukaan berumput," kata Alcaraz sambil ketawa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2022 @ 7:31 AM