Anna (kanan) dan Ee Wei memenangi pingat emas dalam acara badminton akhir beregu wanita di Arena Badminton Ipoh. -Foto L MANIMARAN
Anna (kanan) dan Ee Wei memenangi pingat emas dalam acara badminton akhir beregu wanita di Arena Badminton Ipoh. -Foto L MANIMARAN
Azizan Hashim

 

IPOH: Melaka meraih tiga pingat emas acara badminton Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 apabila menyapu bersih acara beregu di Arena Badminton Perak, Kompleks Sukan MBI di sini, petang tadi.

Tiga acara itu ialah beregu campuran, lelaki dan wanita.

Aaron Chia Teng Fong/Tee Kai Wun meraih emas beregu lelaki apabila menumpaskan pasangan Hoo Pang Ron/Soh Wooi Yik dari Wilayah Persekutuan 21-17, 21-17.

Terdahulu Anna Cheong Ching Yik/Toh Ee Wei bangkit selepas kekalahan set pertama untuk menumpaskan pasangan Kedah, Eng Sin Jou/Pearly Tan Khong Le  20-22, 21-15, 21-17.

Melaka mengharungi kempen acara badminton yang menutup tirai hari ini dengan memenangi emas dalam acara beregu campuran menerusi pasangan Aaron Chia Teng Foong/Toh Ee Wei yang menang mudah 21-11, 21-11 ke atas Soh Wooi Yik/Wong Kha Yan. 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 11:10 PM