ZLATAN IBRAHIMOVIC
ZLATAN IBRAHIMOVIC
AFP

SAINT PETERSBURG: Sejak pemain berstatus bintang, Zlatan Ibrahimovic bersara, Sweden tidak pernah menjangkakan mampu layak ke Piala Dunia dan kini berpeluang untuk melangkah ke pentas suku akhir buat kali pertama selepas 24 tahun.

Selepas menyingkirkan Belanda dan Itali pada kempen kelayakan, Sweden meneruskan aksi cemerlang dengan menyingkirkan juara bertahan, Jerman lebih awal apabila mengungguli tangga teratas Kumpulan F, hasil kemenangan ke atas Korea Selatan dan Mexico.

Ketua jurulatih, Janne Andersson pula bukanlah nama besar apabila menghabiskan hampir sepanjang kariernya selaku pemain dan jurulatih di negaranya sendiri.

Bagaimanapun pengendali berusia 55 tahun itu dapat mewujudkan semangat berpasukan di dalam kem Sweden di sebalik siatusi kurangnya pemain berstatus bintang.

“Sweden kini jelas berusaha sebagai sebuah pasukan yang kita tidak dapat saksikan sejak 1994 ketika berjaya mara sehingga ke separuh akhir.

“Setiap pemain yang dipilih Andersson saling bekerja keras semasa mereka dan menikmati keseronokan bersama ketika di luar padang,” kata wartawan Sweden, Kristopher Karlsson.

Keputusan terbesar Andersson adalah apabila tidak memanggil semula Ibrahimovic meskipun penyerang berstatus bintang itu bersedia untuk melakukan penampilan semula.

Ibrahimovic mendakwa Piala Dunia tanpa dirinya adalah sangat berbeza ketika Sweden gagal layak empat tahun lalu.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Sweden itu mencetuskan kemarahan penyokongnya apabila sering mengeluarkan komen pedas menjelang kempen Piala Dunia.

“Semoga berjaya kepada semua pemain. Zlatan tidak akan berada di sana...dia sepatutnya beraksi,” katanya menjelang saingan Piala Dunia sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Julai 2018 @ 12:18 PM