Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic ketika beraksi pada Euro 2016. FOTO File AFP
Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic ketika beraksi pada Euro 2016. FOTO File AFP
AFP

Stockholm: Sensasi bola sepak, Zlatan Ibrahimovic akan kembali menyertai skuad kebangsaan Sweden selepas hampir lima tahun tidak disenaraikan untuk beraksi dalam kelayakan Piala Dunia pada hujung Mac ini, umum ketua jurulatih, Janne Andersson, hari ini.

Penyerang AC Milan berusia 39 tahun itu bersara daripada skuad kebangsaan Sweden selepas Kejohanan Eropah 2016.

Dia antara beberapa pemain yang terpilih bagi perlawanan kelayakan menentang Georgia dan Kosovo serta aksi persahabatan berdepan Estonia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 9:16 PM