FALCAO jaring gol kedua Colombia. FOTO/AFP
FALCAO jaring gol kedua Colombia. FOTO/AFP
Reuters

KAZAN, Russia: Jaringan daripada Yerry Mina, Radamel Falcao dan Juan Cuadrado membantu Colombia meraih kemenangan 3-0 ke atas Poland yang sah tersingkir daripada Piala Dunia sebelum mengharungi aksi terakhir Kumpulan H.

Jepun dan Senegal yang masing-masing menang dalam aksi pembukaan mereka terikat 2-2 dan kini perlu bersaing dengan Colombia untuk layak ke peringkat kalah mati.

Mina meledak gol pembukaan pada minit ke-40 selepas menanduk masuk bola hantaran James Rodriguez dengan gerakan menarik yang dicetuskan oleh pemain tengah Juan Fernando Quintero.

Quintero kemudian membuat umpanan kepada kapten Falcao yang terlepas kejohanan sama pada 2014 akibat kecederaan, untuk meledak gol pertama dalam kejohanan Piala Dunia pada minit ke-70.

Rodriguez terus mempamerkan aksi cemerlang apabila membantu jaringan ketiga Colombia lima minit kemudian selepas hantarannya disudahkan dengan cemerlang oleh Cuadrado.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Jun 2018 @ 6:43 AM