Pemain Bayern Munich, James Rodriguez. FOTO File Reuters.
Pemain Bayern Munich, James Rodriguez. FOTO File Reuters.
Reuters

KAPTEN Colombia, James Rodriguez disenaraikan dalam skuad kebangsaan negara itu untuk aksi Copa Amerika di Brazil bulan depan walaupun kebimbangan terhadap prestasi dan kecergasan pemain itu.

Bintang Bayern Munich itu berjaya beraksi dalam 90 minit permainan hanya tiga kali dalam Bundesliga musim ini dan terlepas empat daripada lima perlawanan terakhir kelab itu berikutan beberapa kecederaan otot yang dialami.

Dia turut berdepan masalah kecederaan betis ketika Piala Dunia di Russia tahun lalu selepas Colombia disingkirkan dalam kelompok 16 pasukan terakhir.

“Kami mempunyai jurulatih peribadi kepada James dan kami mempunyai 15 hari untuk membuat persediaan bagi perlawanan pembukaan menentang Argentina,” kata jurulatih Carlos Queiroz.

“Saya pastinya gembira jika James dapat beraksi banyak perlawanan.

Pemain lain yang berada dalam senarai akhir 23 pemain termasuk sayap Juventus, Juan Cuadrado dan penyerang Duvan Zapata, yang juga penjaring kedua terbanyak di Serie A Itali musim ini apabila membantu pasukan meningkat naik Atalanta layak ke Liga Juara-Juara buat pertama kali.

Paling mengejutkan senarai pemain pertahanan berusia 20 tahun Jhon Lucumi yang membantu Racing Genk memenangi Liga Belgium musim ini.

Colombia berdepan Argentina, Paraguay dan pasukan jemputan, Qatar dalam kumpulan mereka tatkala skuad berkenaan beraksi dalam perlawanan kompetitif pertama dibawah kendalian Queiroz, yang mengantikan Jose Pekerman.

“Ini adalah masa untuk bekerja, bukan masanya untuk berpesta,” kata warga Portugal ketika mengumumkan senarai skuad itu.

“Sikap dibuai dengan kejayaan dan berbangga diri perlu dihakis sebelum pertandingan. Kita perlu bersatu dan sedar, dengan impian dan rasa rendah diri. Ia adalah satu cara kita dapat memenuhi impian kita.”

Senarai pemain Colombia

Penjaga gol : David Ospina (Napoli), Alvaro Montero (Deportes Tolima), Camilo Vargas (Deportivo Cali)

Pertahanan : Davinson Sanchez (Tottenham Hotspur), Yerry Mina (Everton), Cristian Borja (Sporting), Santiago Arias (Atletico Madrid), Cristian Zapata (AC Milan), William Tesillo (Leon), Jhon Lucumi (Racing Genk), Stefan Medina (Monterrey)

Tengah : Gustavo Cuellar (Flamengo), Mateus Uribe (America-Mexico), Wilmar Barrios (Zenit St Petersburg), Jefferson Lerma (Bournemouth), James Rodriguez (Bayern Munich), Edwin Cardona (Pachuca), Juan Cuadrado (Juventus)

Penyerang : Radamel Falcao (Monaco), Luis Muriel (Fiorentina), Duvan Zapata (Atalanta), Luis Diaz (Atletico Junior), Roger Martinez (Amerika-Mexico)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mei 2019 @ 6:17 PM