Buffon umum tinggalkan Juventus pada penghujung musim. FOTO EPA-EFE
Buffon umum tinggalkan Juventus pada penghujung musim. FOTO EPA-EFE
The Sun

LIVERPOOL sedang cuba menyakinkan Gianluigi Buffon untuk berhijrah ke Anfield biarpun berdepan cabaran skuad juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Reds masih bergelut mendapatkan penjaga gol berkaliber sejak beberapa musim lalu berikutan prestasi penjaga gol utama sekarang, Loris Karius belum menyakinkan.

Buffon hari ini mengumumkan menangguhkan persaraannya selepas menerima beberapa tawaran menarik dari England dan Itali.

Dia berkata: "Sehingga 15 hari sebelum ini, ia memang pasti dan semua orang tahu saya akan berhenti bermain.

"Sekarang, saya ada menerima beberapa cadangan dan cabaran menarik di dalam dan luar padang.

"Perkara paling penting untuk berada di padang ditawarkan kepada saya oleh pengerusi Juventus, Andrea Agnelli.

"Saya akan beri keputusan dalam tempoh beberapa hari lagi kerana perlu menilai banyak perkara.

"Saya tidak mahu beraksi di liga bawahan kerana saya terlalu kompetitif. Saya cuba ikut gerak hati, jiwa dan sifat semulajadi diri ini."

Ditanya apakah dia akan beraksi dalam EPL, dia menambah: "Saya ada berkata saya ada menerima beberapa cadangan, sangat menarik, di dalam dan luar padang. Jadi tunggu”.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mei 2018 @ 5:03 PM