Pengarah Kejohanan Tenis Remaja Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Gred 4, Hashim Ibrahim (kanan) bergambar bersama juara dan naib juara kategori regu, Karan Srivastava (dua dari kanan), Christian Didier Chin (tengah), Yu Feng Chen (dua dari kiri) dan Han Chih Li (kiri). FOTO Zaid Salim
Pengarah Kejohanan Tenis Remaja Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Gred 4, Hashim Ibrahim (kanan) bergambar bersama juara dan naib juara kategori regu, Karan Srivastava (dua dari kanan), Christian Didier Chin (tengah), Yu Feng Chen (dua dari kiri) dan Han Chih Li (kiri). FOTO Zaid Salim
Zaid Salim

GANDINGAN atlet tenis remaja Christian Didier Chin (Malaysia) dan Karan Srivastava (India) mengungguli kategori regu lelaki apabila muncul juara Kejohanan Tenis Remaja Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Gred 4 di Kuala Terengganu, hari ini.

Keadaan cuaca yang redup memberi keselesaan kepada gandingan pilihan pertama kejohanan itu untuk mudah menewaskan gandingan Taipei Yu Feng Chen/Han Chih Lin dengan keputusan 6-2, 6-3 menerusi pertarungan yang memakan masa 1 jam 50 minit.

Manakala regu wanita dimenangi gandingan dari Indonesia, Mai Napatt Nirundorn dan India, Shivani Amaneni yang menewaskan gandingan dari Indonesia, Priska Madelyn Nughroho dan Charmaine Shi Yi Seah (Singapura) dengan keputusan 6-2, 4-6, 10-5.

Dalam pertembungan separuh akhir lelaki Christian Didier layak ke pusingan akhir apabila mudah menewaskan rakan senegara, Shamirul Shahril dengan keputusan 6-2, 6-3.

Pada pusingan akhir yang dijadualkan jam 10 pagi esok, Christian akan bertemu Shunsuke Mitsui (Jepun) yang berjaya menewaskan pemain India, Sacchit Sharrma dengan keputusan 0-6, 6-3, 7-6(1).

Manakala perseorangan wanita pula menyaksikan Shivani Amaneni akan menentang pasangan regunya, Priska Madelyn Nughroho.

Shivani menewaskan pemain negara Sara Nayar (6-4, 4-6, 6-4) manakala Priska menewaskan Makoto Ohaba (Jepun) debfan keputusan 7-5, 6-2 pada pusingan separuh akhir yang berakhir pada 3.30 petang hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 8:52 PM