Daniil Medvedev ketika aksi di Terbuka Australia di Melbourne, bulan lalu. FOTO AFP
Daniil Medvedev ketika aksi di Terbuka Australia di Melbourne, bulan lalu. FOTO AFP
Reuters

Dubai: Penyandang juara, Daniil Medvedev mencatatkan kemenangan 6-3, 7-5 ke atas Alexander Shevchenko dari Kazakhstan pada pusingan pertama Kejohanan Tenis Bebas Cukai Dubai.

Medvedev yang sebelum ini menarik diri daripada dua kejohanan kerana keletihan dan kecederaan kaki kanan, menjadikan saingan di Dubai ini penampilan pertamanya sejak tewas kepada Jannik Sinner dalam final Terbuka Australia, bulan lalu.

Dia yang juga pilihan utama dari Rusia ke pusingan berikutnya untuk berdepan Lorenzo Sonego dari Itali, yang mencatat kemenangan 6-4, 5-7, 6-1 ke atas Sumit Nagal dari India.

Dalam aksi lain, pemain pilihan keempat, Karen Khachanov menang 6-2, 6-3 ke atas pemain Perancis, Luca Van Assche.

Manakala pilihan kelima dari Perancis, Ugo Humbert mencatat kemenangan 4-6, 6-3, 6-3 ke atas rakan senegaranya Gael Monfils, dan pilihan kelapan Alejandro Davidovich Fokina dari Sepanyol menundukkan Fabian Marozsan dari Hungary 6-3, 4-6, 6-1.

Medvedev antara pilihan untuk mara hingga ke final seperti mana ketika dilakukannya pada bulan lalu di Terbuka Australia.

Medvedev pernah dua kali mara ke final Terbuka Australia tetapi tewas kepada Djokovic pada tahun 2021 dan di tangan Rafael Nadal setahun kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2024 @ 12:48 PM