SIMONA meraikan kejayaan menewaskan Amanda. FOTO AFP
SIMONA meraikan kejayaan menewaskan Amanda. FOTO AFP
AFP

London: Bekas juara Simona Halep menewaskan Amanda Anisimova 6-2, 6-4 sebentar tadi untuk mara ke separuh akhir Wimbledon ketiganya tanpa melepaskan sebarang set setakat ini.

Pilihan ke-16 dari Romania yang muncul juara pada 2019 mematahkan servis pemain Amerika Syarikat itu empat kali sebelum menang dalam tempoh hanya sejam.

Simona berkata dia mempamerkan aksi terbaik sejak menang Grand Slam keduanya di All England Club tiga tahun lalu.

"Pastinya ini tenis terbaik saya," katanya. "Saya cuba membina keyakinan dan ia bagus."

"Syukur dapat kembali beraksi di separuh akhir," kata bekas pemain nombor satu dunia itu. "Saya sangat emosi sekarang, ia amat bermakna."

Simona akan menentang pemain Kazakhstan, Elena Rybakina yang menewaskan pemain Australia Ajla Tomljanovic 4-6, 6-2, 6-3 untuk mara ke separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2022 @ 10:24 PM