Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Anugerah Atlet Sepanjang Zamansempena Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang 2016 di The Top, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown. FOTO Danial Saad
Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Anugerah Atlet Sepanjang Zamansempena Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang 2016 di The Top, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown. FOTO Danial Saad
Mohd Hilmi Mahmud

Georgetown: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan jaguh skuasy negara, Datuk Nicol Ann David memenangi Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Pulau Pinang 2016 pada Majlis Anugerah Sukan Negeri, di sini, malam ini.

Olahragawan dan olahragawati itu membawa pulang wang tunai RM3,000 serta piala iringan dan piala pusingan.

Malah, Chong Wei turut menerima Anugerah Sepanjang Zaman.

Chong Wei berkata, beliau mungkin akan menyertai Sukan Olimpik di Tokyo 2020 sekiranya pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

"Saya mungkin akan sertai Sukan Olimpik 2020, bagaimanapun bergantung kepada kesihatan. “Sekiranya kecederaan yang saya alami sekarang pulih sepenuhnya, saya akan sertai temasya itu.

"Saya terkejut dan terharu menerima anugerah Atlet Sepanjang Zaman dari kerajaan negeri. Saya jadikan anugerah ini sebagai pendorong untuk saya sertai Sukan Olimpik,"katanya.

Beliau turut menyatakan Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan akan menjadi kejohanan seumpamanya terakhir bagi dirinya.

"Sukan Komanwel dan Sukan Asia adalah sukan yang terakhir saya sertai tahun depan. Tahun ini saya akan fokus kepada All England,"katanya.

Sementara itu, Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016 Mohd Faiz Subrimendapat anugerah khas dari kerajaan negeri.

Pasukan Karate (KATA) wanita dan Pasukan Karate (KATA) lelaki mendapat anugerah pasukan terbaik bagi kategori perempuan dan pasukan terbaik lelaki membawa pulang wang tunai RM2,500 serta piala iringan dan piala pusingan.

Anugerah Olahragawati Paralimpik 2016 dimenangi Koh Lee Peng dan Anugerah Olahrawan Paralimpik dimenangi Yoong Chung Wei mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 serta piala iringan dan piala pusingan.

Kategori Olahragawan Harapan 2016 dimenangi Mohammad Syahir Mohd Rosdi danOlahragawati Harapan dimenangi Cherlene Cheung dan mereka membawa pulang wang tunai RM2,000 serta piala pusingan dan piala iringan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2017 @ 12:27 AM