DUTA Maggi Cukup Rasa, Eina bersama tiga lagi wanita hebat.
DUTA Maggi Cukup Rasa, Eina bersama tiga lagi wanita hebat.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


BERSEMPENA sambutan Hari Wanita Antarabangsa, MAGGI Cukup Rasa meraikan wanita di Malaysia dengan kempen Tak Kenal, Tak Cinta.

Kempen yang memasuki tahun kedua itu diadakan untuk memberi inspirasi, menggalakkan dan memperkasakan wanita dari semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia untuk membina keyakinan diri demi mengejar impian dan aspirasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, tujuan utama kempen itu adalah untuk menggalakkan wanita membina keyakinan diri selain mencuba sesuatu yang baharu.

Katanya, Nestle menyokong penuh kepelbagaian dan keterangkuman yang diterapkan dalam budaya dinamik mereka setiap hari.

“Melalui kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ ini, kami yakin bahawa golongan wanita Malaysia sedar bahawa mereka mendapat sokongan untuk memulakan cabaran baru serta mencapai matlamat sama ada dari segi kerjaya atau menghasilkan hidangan yang lazat di rumah,” katanya.

Pegawai Eksekutif Bisnes, MAGGI, Geetha Balakrishna pula berkata, pihaknya percaya setiap wanita berpeluang untuk membuat perubahan positif setiap kali menyediakan makanan sama ada untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan atau masyarakat.

Justeru kata Geetha, mereka kekal dengan janji jenama berkenaan iaitu ‘Anda dan MAGGI, Sajikan Kelainan’ selain teruja untuk memasuki fasa seterusnya dengan menggalakkan pengguna menjadi lebih berani dan mencuba sesuatu di luar zon selesa mereka sama ada dalam masakan atau kehidupan secara umum.

Katanya, Maggi turut menggunakan peluang itu untuk berkongsi kisah benar supaya golongan wanita dapat menginspirasikan diri antara satu sama lain dan berani mengambil langkah untuk cuba sesuatu yang baru.

TIGA wanita hebat yang masing-masing memiliki kisah sendiri.
TIGA wanita hebat yang masing-masing memiliki kisah sendiri.

“Kisah ‘Wanita Cukup Berani’ adalah satu siri kisah benar yang mewakili intipati “Tak Kenal, Tak Cinta”.

“Kami terharu dapat mengenali golongan wanita yang bukan sahaja berinspirasi malah berilmu dari pelbagai lapisan kehidupan untuk berkongsi pengalaman mereka.

“Menerusi platform ini, kami berharap kisah mereka dapat memberikan impak positif dan menggalakkan wanita lain supaya berani melangkah ke hadapan mencuba sesuatu yang berbeza demi mengukir impian mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, video kempen berkenaan menampilkan duta jenama itu, Datin Paduka Eina Azman bersama tiga lagi wanita iaitu Anne Idris, Nadeera Ismail dan Norjiah Jeeffrey.

Anne adalah usahawan berjaya yang memiliki bakeri manakala Nadeera memulakan kerjayanya sebagai artis solek sejak enam tahun lalu yang m

enawarkan perkhidmatannya kepada selebriti dan majlis perkahwinan.

Norjiah pula seorang pemandu forklift wanita pertama di Nestle, yang memecahkan stereotaip dan berjaya dalam kerjayanya.

Sementara itu, MAGGI turut bekerjasama dengan Women Will, sebuah program Grow with Google, yang melancarkan inisiatif di seluruh negara untuk menyokong peningkatan keyakinan dan kemahiran keusahawanan wanita di seluruh Malaysia.

Bengkel itu bertujuan untuk mewujudkan peluang ekonomi kepada wanita untuk berkembang dan berjaya dalam hidup dengan memperkenalkan teknologi yang dapat meningkatkan keupayaan sehingga mencipta perbezaan positif secara keseluruhan dalam kehidupan.

Siri bengkel kemahiran itu akan menawarkan empat modul yang bermanfaat dari segi membangunkan keyakinan, membina

kemahiran insani, memulakan perniagaan sendiri, serta memasak makanan yang lazat dan seimbang.

Ia akan diadakan di tiga lokasi yang berbeza bermula di Kota Bahru pada 15 Julai, Pulau Pinang (18 Ogos) dan berakhir di Kota Kinabalu, 20 September ini.

Maklumat lanjut, layari https://www.maggi.com.my/ms/takkenaltakcinta.

KIT MAGGI Cukup Rasa.
KIT MAGGI Cukup Rasa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2020 @ 6:15 AM