AHLI panel (dari kiri) Marc, Juan dan Geeta  berkongsi keterujaan mereka dengan program  Mentor Wanita Cukup Berani.
AHLI panel (dari kiri) Marc, Juan dan Geeta berkongsi keterujaan mereka dengan program Mentor Wanita Cukup Berani.
Nurul Husna Mahmud


WANITA terutama kaum ibu adalah tulang belakang keluarga yang mempunyai peranan penting menyumbang kepada pendapatan isi rumah sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negara.

Melihat kepentingan itu, Maggi bekerjasama dengan Women Will Google melancarkan Program Mentor Wanita Cukup Berani dalam usaha membimbing golongan itu menjadi usahawan berjaya.

Program bimbingan itu membuka peluang kepada wanita untuk menceburi dunia keusahawanan menerusi dua siri bengkel dalam talian dengan siri pertama bermula pada 1 September sehingga 3 September ini sementara siri kedua pula pada 20 Oktober hingga 22 September ini.

Lebih menarik dalam program itu peserta berpeluang menempatkan diri ke peringkat seterusnya bagi pemilihan tiga peserta akhir yang bakal menerima bimbingan perseorangan daripada tiga mentor yang juga personaliti terkenal untuk membantu mereka bergelar usahawan.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi Nestle (Malaysia) Berhad Geetha Balakrishna, pihaknya teruja memperkenalkan Program Mentor Wanita Cukup Berani selepas kejayaan kempen Maggi Cukup Rasa 'Tak Kenal, Tak Cinta' sudah masuk tahun kedua atas komitmen memberi inspirasi, dorongan dan memperkasakan wanita segenap lapisan masyarakat.

TIGA mentor, Sheila (kiri), Eina (tiga dari kiri) dan Anne (dua dari kanan) bakal membimbing tiga menti Program Mentor Wanita Cukup Berani.
TIGA mentor, Sheila (kiri), Eina (tiga dari kiri) dan Anne (dua dari kanan) bakal membimbing tiga menti Program Mentor Wanita Cukup Berani.

"Sejajar dengan janji jenama kami You and MAGGI, Cook the Difference, iaitu dengan memasak mewujudkan perubahan positif yang mana pengguna kami didorong menjadi lebih berani mencuba sesuatu baharu luar keselesaan mereka.

"Seperti Program Mentor Wanita Cukup Berani ini kami bekerjasama bersama Women Will oleh Google Malaysia kerana melihat teknologi sebagai alat penting dapat mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi terutama dalam memperkasakan wanita.

"Bermula dengan siri bengkel tiga hari atas talian memfokuskan tiga bidang utama Bina Kesedaran dan Keyakinan Diri, Memperoleh Ketrampilan Dalam Perniagaan dan Mempelajari Kemahiran Masakan Baru dan Tip bersama Chef MAGGI," katanya ketika pelancaran kempen itu di Royale Chulan, baru-baru ini.

Dalam program sama, turut diumumkan tiga personaliti dan usahawan iaitu duta jenama Maggi Cukup Rasa, Datin Paduka Eina Azman, usahawan dan selebriti, Sheila Rusly dan pemilik My Mum's Bakery, Anne Idris menggalas tugas penting membimbing menti masing-masing.

Dalam pusingan akhir sebelum pemilihan tiga menti berkenaan, kata Geetha, 20 peserta akan disenaraikan untuk menjalani siri temu bual.

"Setakat ini sudah menerima 800 penyertaan dan mengalu-alukan lebih ramai wanita untuk menyahut cabaran bersama pasukan kami merealisasikan impian wanita bergelar usahawan berjaya," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (M) Berhad, Juan Aranols yang hadir turut menyuarakan sokongan organisasinya dalam meraikan kesamaan dalam peluang kerjaya dan sumbangan kepada komuniti.

WANITA belajar mengembangkan potensi terutama dalam peniagaan menerusi teknologi.
WANITA belajar mengembangkan potensi terutama dalam peniagaan menerusi teknologi.

MENINGKATKAN kemahiran baik dalam memasak dan perniagaan.
MENINGKATKAN kemahiran baik dalam memasak dan perniagaan.

"Program Mentor Wanita Cukup Berani adalah inisiatif yang dekat di hati saya. Sebagai penyokong kepelbagaian dan inklusif, Nestle selalu komited memperkasakan wanita dan mempromosi kesetaraan gender baik dalam perniagaan serta masyarakat.

"Kami yakin wanita di Malaysia dapat melihat impak positif menerusi tabiat mencuba sesuatu yang baharu, menghadapi cabaran baharu dan mengejar cita-cita mereka baik di rumah, tempat kerja atau perniagaan baharu," katanya.

Sementara itu, Ketua Google Malaysia Marc Woo berkata, usaha Google membantu wanita dalam penggunaan teknologi, produktiviti, pemasaran digital untuk mengembangkan perniagaan mereka dapat dicapai menerusi usahasama itu.

"Ini sejajar dengan usaha kami mengurangkan jurang gender supaya wanita dapat capai potensi mereka. Misi utama kami melengkapkan wanita dengan kemahiran digital untuk kunci kejayaan dan juga sebagai satu bidang pengetahuan untuk wujudkan dunia lebih saksama," katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mendaftar bengkel dalam talian secara percuma dan menyertai pencalonan program mentorship 1-on-1, boleh layari maggi.com.my/takkenaltakcinta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 6:17 AM