Untuk berjaya wanita harus berani dan yakin pada diri sendiri demi melakukan perubahan. - FOTO Maggi
Untuk berjaya wanita harus berani dan yakin pada diri sendiri demi melakukan perubahan. - FOTO Maggi
Hafiz Ithnin


"Nak buat sesuatu, terus buat jangan ada 'tapi,' jangan ada 'nanti," nasihat Pemilik My Mum's Bakery dan Mentor untuk Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI, Anne Idris.

Baginya, untuk berjaya wanita harus berani dan yakin pada diri sendiri demi melakukan perubahan. Seperti kata pepatah, tak kenal, maka tak cinta kerana jika seseorang itu tidak mencuba, mereka tidak akan tahu sama ada berjaya atau tidak.

ImageAnne Idris, Ikon Usahawan Muda 2019 dan Mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI. - FOTO Maggi

Anne berkata, wanita tanpa mengira usia mampu untuk melakukan perkara luar biasa dalam hidupnya dan berjaya. Terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan dari rumah ketika pandemik ini. Peluang yang tidak dijangka sering muncul daripada keberanian seseorang untuk mengambil risiko.

"Ramai usahawan sekarang banyak alasan sebelum menceburi atau memulakan sesuatu perniagaan. Alasan ini akan menjadi halangan untuk mengejar impian mereka.

"Bagi saya, nak buat sebarang perkara, terus buat jangan ada 'tapi' jangan ada 'nanti'. Rahsia kejayaan adalah berani untuk menghadapi kegagalan," katanya.

ImagePemilik Hidayah Kitchen, Nur Hidayah Jeffri yang terpilih untuk mengikuti sesi bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama Anne Idris. - FOTO Maggi

Tambahnya, sekiranya berdepan dengan kegagalan, ia bukanlah titik noktah untuk mengejar sebuah kejayaan yang diidamkan.

Buat perancangan untuk lima sehingga 10 tahun akan datang dan sentiasa mempunyai idea-idea baharu yang boleh mengembangkan lagi perniagaan anda.

"Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu kenal pasti konsep atau produk yang ingin dijual kepada pelanggan," katanya.

Anne menambah, setiap yang kita lakukan perlu mempunyai minat dan cinta terhadap produk atau jenama sendiri. Jika tidak mempunyai minat, kesungguhan untuk lebih berjaya tidak akan ada di dalam diri anda dan tiada azam untuk berusaha lagi.

"Bagi usahawan yang baru bermula tetapi tidak tahu nak jual apa, mungkin boleh mulakan dengan menjadi 'dropship' atau ejen untuk sesuatu produk," katanya.

ImagePemilik Pes Kak Bi, Bibiaminani yang turut menyertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI. - FOTO Maggi

Jelasnya, uji diri sendiri sama ada anda boleh menjual atau tidak. Sekiranya anda mempunyai barang-barang yang tidak terpakai, boleh buat jualan 'preloved' untuk mengumpul modal dalam perniagaan.

Tambahnya, sentiasa mencari pelbagai ilmu untuk memperkasakan diri supaya menjadi lebih baik dan berjaya. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada. Kena ingat, bukan senang untuk hidup senang tetapi lebih senang untuk susah.

"Bersiap sedia berdepan dengan cabaran yang anda hadapi. Apabila masuk ke gelanggang usahawan ini, anda adalah seorang pejuang," katanya.

Anne berkata, jangan takut dengan apa yang bakal datang. Jika anda sedang menghadapi masalah dan hampir berputus asa, ingat semula kesusahan bagaimana memulakannya.

Akuinya, terlalu ramai usahawan yang mempunyai pembungkusan atau produk bagus tetapi tidak tahu untuk menjualnya.

"Pada era digital ini, anda perlu memanfaatkan sebaik mungkin teknik pemasaran digital. Banyak platform yang boleh digunakan seperti Facebook, Instagram atau Tiktok untuk mempromosi produk kita," katanya.

ImagePemilik Miz Bite's Delight, Mazzaton Miza dan juga salah seorang Mentee Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI. - FOTO Maggi

Nasihatnya lagi, kepada mereka yang baharu ingin berniaga mungkin boleh mulakan dengan cara pemasaran percuma tanpa kos yang tinggi.

"Paling penting sebenarnya kena rajin promosi dan menjual produk atau jenama anda," katanya.

Justeru, sertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI dan selami bagaimana program itu membantu wanita di seluruh Malaysia untuk menjadi lebih yakin dan berjaya.

Antara topik yang diketengahkan termasuk kemahiran memasak, keusahawanan asas, komunikasi, produktiviti dan pemasaran digital.

Image

Daftar sekarang untuk Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI yang bakal diadakan pada 12 hingga 14 Oktober secara percuma dan berpeluang untuk menyertai 'Masterclass: Cara Menjalankan Perniagaan Makanan' eksklusif bersama Anne Idris dan Chef MAGGI, Chef Muluk.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 9:11 AM