WAI Ching mahu catat rekod kejohanan.
WAI Ching mahu catat rekod kejohanan.
BERNAMA

Puchong: Selepas berjaya mengungguli Larian Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (PJ) minggu lepas, pelari menara Soh Wai Ching kini mahu menawan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di Kejohanan Larian Menara Selangor pada 13 Julai ini.

Atlet berusia 30 tahun itu berkata selain memenangi kejohanan itu, beliau juga berhasrat untuk mencatat rekod kejohanan dengan menyasarkan catatan masa 1 minit 40 saat di menara berketinggian 21 tingkat dan mempunyai 568 anak tangga itu.

"Saya tidak pernah berlari di SUK sebelum ini. Jadi ini kali pertama kalau boleh nak cipta rekod dan saya sasar 1:40 saat.

"Format larian untuk kejohanan ini sama seperti larian menara PJ yang Wai Ching kena lari tiga pusingan kemudian pusingan terakhir akan menentukan pemenang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengumuman penajaan oleh Zus Coffee di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2024 @ 5:20 PM