Johan (kanan) merasmikan pusat 3S Harley -Davidson Petaling Jaya di The Gasket Alley. Turut sama,    Goh  (kiri) dan  Rewi.
Johan (kanan) merasmikan pusat 3S Harley -Davidson Petaling Jaya di The Gasket Alley. Turut sama, Goh (kiri) dan Rewi.
Lizam Ridzuan

Petaling Jaya: Motosikal Harley-Davidson dari Amerika Syarikat melalui pengedar eksklusifnya di Malaysia Didi Resources Sdn Bhd merasmikan pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) baru.

Berkeluasan 20,000 kaki persegi ia juga dilengkapi dengan ruang penyelenggaraan yang boleh memuatkan enam motosikal, tawaran alat ganti tulen, kerja mengetuk dan mengecat serta aksesori dan pakaian jenama Harley-Davidson.

Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo berkata, Harley-Davidson Petaling Jaya yang terletak di Gasket Alley dikendalikan Goh Brothers Motorcycles yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri automotif.

“Lokasi itu bukan saja menawarkan pusat sehenti kepada peminat motosikal juga dilengkapi kafé, fesyen gaya hidup permotoran serta ruang menunggu yang selesa,” katanya pada perasmian yang diadakan di sini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Pasaran Baru Muncul Asia Harley Davidson, Johan Kleinsteuber dan Pengerusi Goh Brothers Motorcycles, Goh Kian Sin.

Pada majlis sama, empat model baru 2018 turut diperkenalkan iaitu Harley-Davidson Fat Bob, Breakout 114, Street Glide Special Anniversary, Ultra Glide Limited Anniversary yang berharga daripada RM128,000 hingga RM218,000.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Mac 2018 @ 8:34 AM