MADANI (tengah) di majlis pelancaran media bagi Malaysia Autoshow 2017 di Cyberjaya. FOTO Lizam Ridzuan
MADANI (tengah) di majlis pelancaran media bagi Malaysia Autoshow 2017 di Cyberjaya. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Cyberjaya: Lebih 150 jenama kenderaan, alat ganti dan aksesori bakal mengambil bahagian dalam pameran kenderaan Malaysia Autoshow 2017, November ini.

Program lain seperti Anugerah Kereta Tahunan (COTY 2017), persidangan dan forum, trek ujian laluan lasak (off-road) turut bakal menarik kehadiran pengunjung ke pameran yang dianjurkan Institut Automotif Malaysia (MAI) agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Madani Sahari berkata tahun ini acara diadakan di kawasan yang lebih luas untuk mengumpulkan banyak jenama industri automotif di bawah satu bumbung dengan pelbagai aktiviti ditawarkan.

"Kami akan menggunakan sepenuhnya dewan konvensyen untuk pelancaran dan pameran kereta baru juga kawasan luaran bagi sesi pandu uji kepada pengunjung," katanya di majlis pelancaran media di sini, hari ini.

Malaysia Autoshow 2017 akan diadakan pada 9 hingga 12 November 2017 di MAEPS, Serdang, Selangor dengan tema ‘Kenderaan cekap tenaga kepada masa hadapan.’

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2017 @ 12:55 PM