TRITON baharu 2019.
TRITON baharu 2019.
Lizam Ridzuan

Tampil dengan ciri lebih dinamik, Mitsubishi Triton baharu 2019 diperbaharui daripada segi rekaan serta bahagian dalaman lebih selesa untuk sebuah trak pikap.

Mitsubishi memperkenalkan Konsep ‘Engineered Beyond Tough’, pengalaman 40 tahun di dalam membangunkan trak pikap yang tahan lasak, kini dengan empat teras utama di bawah konsep pembangunan 4Sure Handling iaitu: 4Sure Power, 4Sure Control, 4Sure Agility dan 4Sure Safety.

RUANG simpanan barang. FOTO Zunnur Al Shafiq
RUANG simpanan barang. FOTO Zunnur Al Shafiq

Rekaan hadapan dengan konsep Dynamic Shield ciri signatur terkini untuk Mitsubishi termasuk lampu hadapan lebih nipis dengan lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus dan membelok pada perumah sebelah tepi lebih tampil menarik.

LAMPU kabus dan membelok. FOTO Zunnur Al Shafiq
LAMPU kabus dan membelok. FOTO Zunnur Al Shafiq

Untuk ruang dalaman, dengan penyaman udara khusus untuk penumpang belakang yang pertama dalam kelasnya serta ruang simpanan telefon pintar dan pengecas USB bagi keselesaan sepanjang perjalanan.

Ciri keselamatan termaju turut ditawarkan seperti Pengurangan Pelanggaran Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta dengan Bantu Tukar Laluan (BSW dengan LCA), tujuh beg udara, Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA), Sistem Pengurangan Terlepas Pecutan Ultrasonic (UMS) dan Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB).

BAHAGIAN dalaman kemasan baru.
BAHAGIAN dalaman kemasan baru.

Lima varian ditawarkan untuk model Triton baharu dengan enjin 2.4 liter MIVEC turbo diesel Pemasaan Injap Boleh­ubah (VVT) yang menyalurkan kuasa kuda 181 PS dan daya tork 430 Nm.

Ia juga didatangkan dengan kotak gear transmisi enam kelajuan automatik serta dilengkapi Super Select 4WD II untuk kawalan dan cengkaman lebih mantap dengan pilihan mod off-road (tidak rata, berlumpur, berpasir dan berbatu) serta fungsi Kawalan Menuruni Bukit.

CIRI Super Select 4WD II. FOTO Zunnur Al Shafiq
CIRI Super Select 4WD II. FOTO Zunnur Al Shafiq

Untuk pasaran Malaysia, Triton baharu dijual pada harga RM135,200 untuk Triton Adventure X, RM118,600 (Triton AT Premium), RM112,500 (Triton MT Premium), Triton AT (RM105,990) dan RM100,200 bagi Triton MT.

Empat warna ditawarkan iaitu Putih Berlian, Hitam Jet Mica, Perak Sterling dan Kelabu Graphite Metalik bergantung kepada varian dan semua model adalah import sepenuhnya (CBU) dari Thailand dengan lima tahun waranti atau 200,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

Sebagai tawaran pengenalan bagi meraikan pelancaran Triton serba baharu ini, 1,000 pelanggan pertama akan menerima edisi terhad Thule Subterra Luggage eksklusif bernilai RM2,000.

CIRI LED pada lampu belakang. FOTO Zunnur Al Shafiq
CIRI LED pada lampu belakang. FOTO Zunnur Al Shafiq

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Februari 2019 @ 9:03 AM