FAISAL Halim disimbah asid ketika di sebuah pusat beli belah Damansara.
FAISAL Halim disimbah asid ketika di sebuah pusat beli belah Damansara.
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Polis menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden simbah asid terhadap bintang Selangor FC dan pemain kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Damansara, di sini, semalam.

Menurut sumber, suspek berusia 30-an.

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya, pagi ini bagi membantu siasatan.

Terdahulu Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian serangan terhadap pemain bola sepak negara itu ditahan di Pandan Indah, di sini

Suspek berusia 20 tahun itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan kelmarin.

Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 5 petang

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2024 @ 9:07 AM