KIM Pan-gon (kiri) bersama Faisal Halim. FOTO Agensi
KIM Pan-gon (kiri) bersama Faisal Halim. FOTO Agensi
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya sentiasa bersama tonggak pasukan kebangsaan Faisal Halim dalam menghadapi situasi sukar selepas dia disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, Ahad lalu.

Situasi terbabit dibuktikan menerusi pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang menyatakan sokongan kepada anak buahnya supaya segera pulih dan kembali beraksi seperti biasa.

Dalam satu kenyataan di Instagramnya, Pan-gon menyatakan, "We all stand with you, Faisal!".

Ia adalah pengiktirafan akan keteguhan dan kecekalan Faisal dalam menangani kesukaran hidupnya ketika ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Faisal akan mengharungi empat siri pembedahan bagi merawat lecur tahap empat dialaminya selepas diserang oleh dua individu tidak dikenali pada Ahad lalu.

Faisal atau lebih dikenali dengan jolokan Mickey disahkan doktor mengalami kecederaan di bahagian muka, leher, lengan dan badan kesan daripada curahan asid itu.

Mengikut rekod, Selangor FC melancarkan kempen solidariti Stand with Faisal Halim. Stop the Violence! selepas pemain dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas disimbah asid.

Kempen solidariti ini digerakkan untuk memberi kesedaran bahawa masyarakat tidak sepatutnya memberikan ruang sebarang unsur keganasan berlaku dalam dunia bola sepak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2024 @ 11:09 AM