Penduduk Palestin mengadakan solat sunat Eid al-Adha di tepi runtuhan masjid Al-Rahma yang musnah akibat serangan udara Israel, di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. FOTO REUTERS
Penduduk Palestin mengadakan solat sunat Eid al-Adha di tepi runtuhan masjid Al-Rahma yang musnah akibat serangan udara Israel, di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. FOTO REUTERS
Bernama-AA

Bandaraya Gaza (Palestin): Sekatan terbaharu Israel menyebabkan ratusan ribu keluarga di Semenanjung Gaza tidak berpeluang melakukan ibadah korban bagi Aidiladha tahun ini, menurut kenyataan pejabat media Gaza pada Sabtu.

Pejabat itu memaklumkan "Pasukan pendudukan melakukan jenayah baharu" dengan menghalang kemasukan haiwan korban menerusi penutupan semua lintasan Semenanjung Gaza, termasuk lintasan sempadan Rafah dan lintasan Kerem Shalom.

Pejabat media berkata larangan ini adalah "satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam", lapor Agensi Anadolu.

"Tanggungjawab moral dan undang-undang memerlukan masyarakat antarabangsa untuk melakukan campur tangan secara serius bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai dan menghentikan pencabulan hak dan hak asasi umat Islam secara terang-terangan," menurut kenyataan itu.

Hampir 37,300 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak Oktober tahun lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 85,200 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 2:49 PM