Calon-calon PAS, Ikatan dan Berjasa Johor bakal bertanding dalam usaha merampas negeri itu. FOTO Hairul Anuar Rahim
Mohd Sabran Md Sani

GAGASAN Sejahtera Johor diketuai PAS mengumumkan bertanding di 20 kerusi Parlimen dan 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini.

Pengisytiharan nama calon berkenaan diumumkan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Johor, Abdullah Husin, malam ini.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Pahat dan DUN Gambir.

Calon dikemukakan pada PRU kali ini membabitkan pelbagai latar belakang dan daripada jumlah itu, 15 peratus calon ulama, manakala 25 peratus aktivis parti dan 60 peratus profesional.

Pada PRU-14 kali ini PAS turut mengumumkan lima calon wanita dengan seorang daripadanya bukan Islam, R Kumutha bertanding di DUN Johor Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 2:14 AM