Dr Maszlee Malik. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Dr Maszlee Malik. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berdepan saingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Layang-Layang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calon PKR itu bersaing dengan Mutalib Rahim (BN) yang juga bekas Ecxo Johor, selain K Alagathiran dari Perikatan Nasional (PN) dan Ahmad Shafiq Othaman yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Bagi kerusi Dun Machap, bekas Exco yang juga penyandang Dun Layang-layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi (BN) bakal berdepan saingan daripada Azlisham Azahar (PN); R Sangaran (Muda) dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh (Pejuang).

Manakala, bagi kerusi Paloh menyaksikan calon penyandang kerusi, Sheikh Umar Bagharib (PH) yang juga bekas Exco Johor berdepan tentangan daripada VSelvendran (PN), Teoh Yap Kun (BN) dan Aminuddin Johari (Pejuang).

Bekas Exco Johor yang juga penyandang Dun Kahang, R Vidyanathan (BN) pula bakal dicabar Daud Yusof (PN), Rohani Banu Abd Rahman Krishnan (PH) dan Rosdi Amir (Pejuang).

Persaingan tiga penjuru berlaku bagi Dun Mengkibol dan Mahkota.

Penyandang kerusi Dun Mengkibol, Chew Chong Sin (PH) bakal ditentang Wong Chan Giap (PN) dan Chin Sim Lai (BN).

Bagi kerusi Mahkota, Mohamad Nor Lingan (PN) dan Muhammad Taqiuddin Cheman (PH) yang juga bekas Adun Pulai Sebatang bakal menghadapi tentangan bekas Ketua Wanita Umno Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (BN) yang juga bekas Adun Penawar.

habis//

From: Junita

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Februari 2022 @ 12:07 PM