ADAMS-Wheatley melakukan tutorial mekap gaya glamour, lengkap dengan penampilan mata yang mewah dan bulu mata.
ADAMS-Wheatley melakukan tutorial mekap gaya glamour, lengkap dengan penampilan mata yang mewah dan bulu mata.
Agensi

Washington: Seorang jurumekap membuktikan kekurangan diri bukan penghalang untuknya berjaya dalam bidang diceburi.

Lelaki dari Utah ini juga membuktikan kemahiran seninya datang dari hati.

Portal New York Post melaporkan Gabe Adams -Wheatley dilahirkan di Sao Paolo dengan Sindrom Hanhart, keadaan genetik yang jarang ditemui iaitu ketiadaan sebahagian anggota badan.

Adams-Wheatley menjalani kehidupan tanpa tangan dan kakinya, tetapi baru-baru ini menjadi tular di TikTok kerana kemampuannya yang luar biasa menghasilkan solekan.

Pakar kecantikan itu dijadikan anak angkat oleh keluarga Amerika, ketika dia masih kecil dan kini, mempunyai dua juta pengikut di platform media sosial,
videonya memperoleh 58 juta tanda suka.

Dalam salah satu tutorial mekap terbarunya, Adams-Wheatley menyolek mekap gaya glamour, lengkap dengan penampilan mata yang mewah dan bulu mata.

Video itu menunjukkan dia menggunakan pelbagai produk yang diletakkan di atas meja dan mula menyolek wajahnya sebelum bertukar kepada mekap menakjubkan.

Penonton terpukau dengan kemampuan Adams-Wheatley untuk menghasilkan solekan cantik dan kemahirannya membuktikan ketidakupayaannya mengatasi segalanya.

"Anda meletakkan bulu mata kelihatan sangat mudah, saya memerlukan begitu lama untuk melakukannya," komen seorang pengguna.

"Anda sungguh luar biasa! Anda sebenarnya membuktikan tidak ada yang mustahil. Saya tidak dapat memberitahu anda betapa kagumnya video anda. Begitu berbakat," peminat lain bersuara.

Seorang peminat menambah: "Hebatnya, benar-benar anda melakukannya jauh lebih baik daripada yang saya lakukan dengan dua tangan."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Oktober 2021 @ 6:30 AM