MASKARA kekalkan lentikan walaupun disapu beberapa lapisan.
MASKARA kekalkan lentikan walaupun disapu beberapa lapisan.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Rangkaian mekap terbaru yang diperkenalkan oleh jenama terkenal dari Jepun, Shiseido pada musim luruh dan salji 2015, mampu memberikan gaya solekan berbeza, masing-masing dengan kekuatan tersendiri yang mampu menonjolkan kecantikan wajah dimiliki wanita.

Daripada mata hingga ke bibir, olesan mekap yang ringkas, tapi memberi impak yang mengagumkan pasti didambakan setiap wanita. Maskara misalnya, memberi banyak perbezaan terhadap rupa wanita dan pastinya membuatkan mata tampak segar dan hidup dengan setiap kerdipan.

Dengan itu terhasillah maskara Full Lash Volume Shiseido yang menggabungkan formula lapisan volume dan berus Full Expansion yang dipatenkan. Dengan pigmen mutiara hitam Lucid yang memberi warna pekat dan bentuk berus unik, maskara ini menyalut bulu mata dengan sekata dan mengekalkan lentikan walaupun disapu beberapa lapisan ia tetap kemas dan tidak bergumpal serta memisahkan setiap helaian bulu mata dengan cantik.

Ia juga kalis comot, peluh dan sebum yang amat sesuai untuk iklim tropika lembap. Jika anda sedang mencari maskara yang menjadikan mata kelihatan semula jadi, Full Lash Volume Shiseido jawapannya.

Untuk meningkatkan pertumbuhan bulu mata, Shiseido memperkenalkan Full Lash Serum yang menawarkan bulu mata lebih padat dan penuh. Dirumus dengan ekstrak buah-buahan zizyphus jujuba dan arginine, serum mengembalikan, menghidrat dan merawat kulit luar bulu mata untuk menggalakkan pertumbuhan.

Dengan penggunaan yang berterusan, bulu mata kelihatan lebih penuh, lebih panjang dan lebih nampak bertenaga. Selain berus biasa atau aplikator gegelung, Full Lush Serum didatangkan dengan Flocky Tip untuk aplikasi lebih menyeluruh.

Pada masa sama, rangkaian mekap terbaru daripada Shiseido yang mendapat sentuhan Pengarah Artistik Mekap Shiseido, Dick Page, turut menampilkan solekan mata Shimmering Cream Eye Color.

Solekan ini berperanan membantu menutup kawasan gelap pada mata serta warna kulit tidak sekata, tetapi pada masa sama teksturnya yang ringan membantu wanita kelihatan cantik tanpa mekap.

Ini kerana yang paling mendapat perhatian wanita dan menjadi kerisauan golongan itu ialah bahagian di bawah dan sekeliling mata yang selalunya mengalami masalah warna gelap akibat tidur tidak cukup atau keletihan.

Berikutan itu, saintis jenama berkenaan membawa penyelesaian dengan warna yang mampu menutup bahagian gelap di bawah mata dengan mekap nipis, semula jadi dan membantunya nampak seimbang dengan keseluruhan solekan di wajah.

Shimmering Cream Eye Color didatangkan deā€“ngan lima warna yang ideal sebagai asas pembayang mata mempunyai tekstur dewy dan menyerikan mata dengan kilauan, warna terang dan bersinar berseri yang berkekalan sepanjang hari tanpa pudar. Lima warna menjadi pilihan iaitu Clay, Ochre, Garnet, Kitsune dan Binchotan.

Ia turut memperkenalkan gincu, Shiseido Perfect Rouge dengan empat warna yang mampu menonjolkan bibir dengan sapuan berkrim dan memberi lembapan berpanjangan kepada bibir.

Shiseido Perfect Rouge terdiri daripada warna berkrim, ceria dan menarik seperti Cocoa Rose, Spellbound, Empress dan Black Walnut.

Tidak ketinggalan, gincu Veiled Rouge dengan empat warna menampilkan warna bertenaga dan pekat berkilau. Untuk kelegapan dan warna lembut, Veiled Rouge dirumuskan dengan teknologi tahan pemindahan untuk kemasan indah yang bersinar dan berpanjangan.

Empat warna dalam ton merah dan merah jambu memberikan warna pekat untuk menonjolkan bibir penuh seperti Honeydew, Caprice, Enchantment and Zinnia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 5:04 AM